Friday, November 02, 2007

Jawatankuasa Negeri Sabah Sessi 2008-2010

Alhamdulillah, Pihak PSGFM Negeri Sabah telah selamat mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 02 September 2007, dan hasil daripada itu, Jawatankuasa yang menerajui PSGFM Negeri Sabah bagi sessi 2008-2010 ini insyaAllah akan berusaha dalam memartabatkan seni budaya Silat ini dengan lebih tekun, jujur dan amanah selaras dengan slogan PSGFM "Fatani Nusa Bakti."

Senarai Jawatankuasa Tertinggi.

Pengerusi....: A.M Zaini
Naib : Jufree Kassim
Bendahari : Shamsul Sarbin
Setiausaha : Mohd Azar

Untuk senarai lengkap termasuk AJK belum saya dapatkan lagi.. insyaAllah akan saya dapatkan dan publishkan disini untuk rujukan dan kebaikan ahli semua.

Monday, July 31, 2006

PERKHEMAHAN SILATURAHIM SMK SANZAC 2006

Tahniah..

Aktiviti Perkhemahan Silaturahim SMK SANZAC telah diadakan selama 3 hari dan 2 malam pada 28hb July - 30hb July 2006 bertempat di Tapak Perkhemahan Sri Andalas Kinarut. Sejumlah 38 peserta telah mengikuti program tersebut dan kesemua peserta telah memberikan kerjasama yang erat dan padu sesuai dengan tema perkhemahan. Tahniah kepada Jawatankuasa penganjur kerana telah bertungkus lumus berusaha sehingga berjaya menganjurkan aktiviti yang berhemah dan dipenuhi aktiviti yang bermanfaat baik kepada individu dan pertubuhan jua. Sila Klik Aktiviti Perkhemahan SMK Sanzac untuk melihat gambar-gambar berkaitan.
.
.
.
Slide show Gambar
.
.
Sekian Terima Kasih

Friday, May 19, 2006

Sukatan Pelajaran Peringkat Satu (Bengkung Putih)

Untuk Makluman,

Sukatan Pelajaran Peringkat Satu(Bengkung Putih) telah disediakan dan boleh didapati melalui link yg telah disediakan pada "MENU UTAMA" sila klik pada Peringkat Satu untuk info seterusnya, gambar berkaitan akan dimuatkan kemudian.


"Fatani Nusa Bakti"

Thursday, January 19, 2006

PSGFM Sabah Chat Room

Assalammualaikum wbk..

Untuk makluman rakan semua, dimaklumkan bahawa pentadbir laman telah mengwujudkan satu bilik agar sahabat handai semua boleh berbincang sekiranya sedang "online" bersama, tiada syarat untuk "register" tapi anda adalah tertakluk agar menghormati rakan dan pesilat lain.

anda boleh klik disini

PSGFM Sabah Chat Room

atau klik pada ikon "chat room" pada menu kanan


Sekian Terima Kasih..



"FATANI NUSA BAKTI"

Thursday, January 12, 2006

PUISI SILAT

SILAT MELAYU

Silat melayu,
Gerak jemarimu,
Seni penuh mistik,
Gerak langkahmu,
Waspada penuh rahsia,
Gerak matamu,
Tajam penuh sinis,
Gerak kilasanmu,
Lestari penuh bisa,

Namun kini,
Dirimu kian lesu jiwanya,
Bagaikan api pelita ditiup bayu laut,
Dirimu kian lenyap mistiknya,
Bagaikan keris yang tiada diperlimaukan,
Dirimu kian kesepian tanpa teman,
Bagaikan sang gadis yang kematian kekasihnya,

Silat melayu,
Kini air mata mu mengalir lesu,
Kerana terkenangkan riwayatmu kian lesu,
Bagaikan tiada yang cinta padamu,
Yang ada hanyalah mencebik bibir,
Mengejek,menjuih lidah dan mengejimu,
Generasi alaf kini anggap dirimu pusaka kolot mutlak?!,
Kini siapakah harus di persalahkan?,
Adakah diriku,bangsaku atau adipatiku?,
Silat melayu,bilakah nasibmu akan terbela?.........


cetusan rasa
senopati fatani

the_joker955@yahoo.com
12.1.2006

Monday, January 09, 2006

PANTUN SENI GAYUNG FATANI

Seni Gayung Fatani di Negeri Melayu,
Pendekar Silat pandai bergayung,
Langkah bertingkah gendang dipalu,
Pencukup petua ilmu bersabung.

Dari Pagar Ruyung ke Negeri Patani,
Baunya semerbak di Tanah Melayu,
Bakti setitik secalit budi,
Kunci pembuka segedung ilmu.

Hebat pendekar kerana berguru,
Umpama harimau dengan hutan,
Di sana tersirat rahsia ilmu,
Sempurna amalan ilmu persilatan.

Berbekal hakikat, kamil dan makrifat,
Gayung sebutir cukuplah sudah,
Iman yang sebenar beroleh darjat,
Terpancar cahaya hikmat Allah

Thursday, January 05, 2006

LOGO

Bentuk Bulatan : BERSATU DAN BERKERJASAMA

Keris Dan Sarung : KEDAULATAN DAN KEAMANAN

Buku Tangan : KEAZAMAN DAN KEKUATAN JASMANI

TAKRIF

SENI : Adalah meliputi nilai indah berteraskan seni beladiri berlatarkan budaya Melayu dari segi gerak, pakaian, irama dan adat istiadat.

GAYUNG : Gayung bermakna silat yang di dalamnya terdapat ilmu yang tersurat dan tersirat iaitu pada zahir dan batinnya.

FATANI : Bermakna bijaksana atau cerdik. Sifat ini ada hubungannya dengan pembentukkan kerohanian berteraskan Islam supaya melakukan sesuatu dengan bijaksana untuk mendatangkan kebaikan dan kebajikan.

MOTTO

"FATANI NUSA BAKTI"

Seni Gayung Fatani membentuk masyarakat yang taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari, berani, positif, krestif dan sentiasa berusaha untuk kecemerlangan diri dan negara