Monday, July 31, 2006

PERKHEMAHAN SILATURAHIM SMK SANZAC 2006

Tahniah..

Aktiviti Perkhemahan Silaturahim SMK SANZAC telah diadakan selama 3 hari dan 2 malam pada 28hb July - 30hb July 2006 bertempat di Tapak Perkhemahan Sri Andalas Kinarut. Sejumlah 38 peserta telah mengikuti program tersebut dan kesemua peserta telah memberikan kerjasama yang erat dan padu sesuai dengan tema perkhemahan. Tahniah kepada Jawatankuasa penganjur kerana telah bertungkus lumus berusaha sehingga berjaya menganjurkan aktiviti yang berhemah dan dipenuhi aktiviti yang bermanfaat baik kepada individu dan pertubuhan jua. Sila Klik Aktiviti Perkhemahan SMK Sanzac untuk melihat gambar-gambar berkaitan.
.
.
.
Slide show Gambar
.
.
Sekian Terima Kasih

Friday, May 19, 2006

Sukatan Pelajaran Peringkat Satu (Bengkung Putih)

Untuk Makluman,

Sukatan Pelajaran Peringkat Satu(Bengkung Putih) telah disediakan dan boleh didapati melalui link yg telah disediakan pada "MENU UTAMA" sila klik pada Peringkat Satu untuk info seterusnya, gambar berkaitan akan dimuatkan kemudian.


"Fatani Nusa Bakti"

Thursday, January 19, 2006

PSGFM Sabah Chat Room

Assalammualaikum wbk..

Untuk makluman rakan semua, dimaklumkan bahawa pentadbir laman telah mengwujudkan satu bilik agar sahabat handai semua boleh berbincang sekiranya sedang "online" bersama, tiada syarat untuk "register" tapi anda adalah tertakluk agar menghormati rakan dan pesilat lain.

anda boleh klik disini

PSGFM Sabah Chat Room

atau klik pada ikon "chat room" pada menu kanan


Sekian Terima Kasih..



"FATANI NUSA BAKTI"

Thursday, January 12, 2006

PUISI SILAT

SILAT MELAYU

Silat melayu,
Gerak jemarimu,
Seni penuh mistik,
Gerak langkahmu,
Waspada penuh rahsia,
Gerak matamu,
Tajam penuh sinis,
Gerak kilasanmu,
Lestari penuh bisa,

Namun kini,
Dirimu kian lesu jiwanya,
Bagaikan api pelita ditiup bayu laut,
Dirimu kian lenyap mistiknya,
Bagaikan keris yang tiada diperlimaukan,
Dirimu kian kesepian tanpa teman,
Bagaikan sang gadis yang kematian kekasihnya,

Silat melayu,
Kini air mata mu mengalir lesu,
Kerana terkenangkan riwayatmu kian lesu,
Bagaikan tiada yang cinta padamu,
Yang ada hanyalah mencebik bibir,
Mengejek,menjuih lidah dan mengejimu,
Generasi alaf kini anggap dirimu pusaka kolot mutlak?!,
Kini siapakah harus di persalahkan?,
Adakah diriku,bangsaku atau adipatiku?,
Silat melayu,bilakah nasibmu akan terbela?.........


cetusan rasa
senopati fatani

the_joker955@yahoo.com
12.1.2006

Monday, January 09, 2006

PANTUN SENI GAYUNG FATANI

Seni Gayung Fatani di Negeri Melayu,
Pendekar Silat pandai bergayung,
Langkah bertingkah gendang dipalu,
Pencukup petua ilmu bersabung.

Dari Pagar Ruyung ke Negeri Patani,
Baunya semerbak di Tanah Melayu,
Bakti setitik secalit budi,
Kunci pembuka segedung ilmu.

Hebat pendekar kerana berguru,
Umpama harimau dengan hutan,
Di sana tersirat rahsia ilmu,
Sempurna amalan ilmu persilatan.

Berbekal hakikat, kamil dan makrifat,
Gayung sebutir cukuplah sudah,
Iman yang sebenar beroleh darjat,
Terpancar cahaya hikmat Allah

Thursday, January 05, 2006

LOGO

Bentuk Bulatan : BERSATU DAN BERKERJASAMA

Keris Dan Sarung : KEDAULATAN DAN KEAMANAN

Buku Tangan : KEAZAMAN DAN KEKUATAN JASMANI

TAKRIF

SENI : Adalah meliputi nilai indah berteraskan seni beladiri berlatarkan budaya Melayu dari segi gerak, pakaian, irama dan adat istiadat.

GAYUNG : Gayung bermakna silat yang di dalamnya terdapat ilmu yang tersurat dan tersirat iaitu pada zahir dan batinnya.

FATANI : Bermakna bijaksana atau cerdik. Sifat ini ada hubungannya dengan pembentukkan kerohanian berteraskan Islam supaya melakukan sesuatu dengan bijaksana untuk mendatangkan kebaikan dan kebajikan.

MOTTO

"FATANI NUSA BAKTI"

Seni Gayung Fatani membentuk masyarakat yang taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari, berani, positif, krestif dan sentiasa berusaha untuk kecemerlangan diri dan negara

Wednesday, January 04, 2006

FALSAFAH

"MEMBUNUH ITU BERDOSA DAN MEMPERTAHANKAN DIRI ITU WAJIB"

Falsafah ini membina kesedaran manusia untuk melakukan kebaikan dan memperjuangkan kebenaran. Mengelakkan penganiayaan dan mengasihi diri serta kasih sayang terhadap makhluk yang dicipta Allah.

"SEMPURNA SILAT APABILA ISLAM"

Kerohanian perguruan ini adalah Islam. Setiap ahli wajib menjauhkan diri daripada amalan-amalan yang bertentangan dengan akidah. Sentiasa berusaha meningkankan diri untuk kehidupan dunia dan akhirat.

KONSEP PSGFM

Silat ini lebih dikenali dengan panggilan seni kerana kelembutan dan kehalusan setiap gerak dan gerik manusia. Konsep bahawasanya kelembutan boleh mengatasi kekerasan merupakan asas pada kembangnya buah dan lapisnya (buah pukul / kuncian dan pembuka). 'Asal buah Gayung Fatani adalah Tiga, tetapi semuanya hidup....' pelajaran yang diperturunkan lebih menitik beratkan pemahaman dan bukan hafalan.

Monday, January 02, 2006


Bergambar Satu Team PSGFM Posted by Picasa

Kejohanan Wajadiri Kebangsaan Di Johor Bahru Posted by Picasa